Sesiapa yang berhajat untuk mendapatkan tasbih kayu kemuning hitam yang asli ini, boleh lah cari saya.
013-413-8542
013-413-8542
Sahabat yang mula-mula menggunakan tasbih ialah Abu Hurairah. Beliau menyimpul sebanyak 1000 simpulan tali untuk menandakan bilangan berapa kali kah ucapan tasbih beliau kepada Allah untuk sehari semalaman.
Abu Hurairah merupakan sahabat Rasullah maka tidaklah menjadi salah kepada kita sekiranya kita menggunakan buah tasbih kerana mengikut perbuatan Abu Hurairah.
Surah An-Nisa ayat 103 yang bermaksud:' Apabila engkau selasai solat, maka berzikirlah kepada Allah, baik di waktu berdiri, duduk dan sebagainya' Surah Al-Ahzab ayat 31-32 ertinya:"wahai orang-orang yang beriman berzikirlah kepada Allah sebanyak-banyak"
Khasiat Teras Kemuning Hitam
Penggunaan atau khasiatnya samada secara fizikal (dibuat tasbih, bentuk cincin dsbnya), dibuat air rendaman dan pati minyak. Antara sebahagian khasiat yang Allah jadikan bersama dengan Teras Kemuning Hitam ialah:
- Air rendamannya penawar racun dalam tubuh.
- Air redamannya mengubati luka-luka dalaman tubuh.
- Kesihatan dalaman bagi sesiapa yang sentiasa meminumnya sebagai amalan harian (sudah ada dipasaran minyak kemuning hitam)
- Mengubati penyakit yang sekira-kiranya pihak hospital tidak mahu/dapat mengubatinya, maka boleh di ikhtiar dengan meminum air rendaman Teras Kemuning Hitam dan ayat Al Quran dengan doa.
- Pernah dicuba mengubati H1N1 dan sembuh dengan izin Allah,
- Penawar demam panas. Jika berlaku ditengah-tengah malam bagi kanak-kanak airnya disapu pada tubuh (diulangi beberapa kali –khususnya bawah ketiak atau leher), terlebih elok diberi minum sedikit, terdapat banyak kes yang suhu badan bayi/kanak-kanak menurun/sembuh (dengan izin Allah) menggunakan air rendaman kemuning hitam.
[Tambahan: Teras Celagi juga boleh digunakan untuk tujuan ini, dan untuk tujuan mengubati hal berkaitan racun/keracunan]
- Mengubati kayap, dengan menyapu air rendamannya pada bahagian yang terlibat, terlebih baik diminum bersama air rendamannya dalam tempoh berubat tersebut. Jika kayap tersebut telah merebak kedalam mata, titiskan air kemuning hitam secara berkala (3-4x sehari semalam) dalam mata yang terlibat. Ianya telah dicuba dan sembuh dengan izin Allah.
[Tambahan: Untuk kayap yang bukan dalam mata, getah keladi birah dan air pokok lekir boleh digunakan dengan cara menyapu pada bahagian yang terlibat]
- Mengubati penyakit badam, dengan menyapu air kemuning hitam pada bahagian terlibat, terlebih baik diminum bersama air rendamannya dalam tempoh berubat tersebut. Ianya telah dicuba dan sembuh dengan izin Allah.
- Ubat sakit perut (cirit-birit) yang mustajab, ada banyak kes sembuh dengan izin Allah. Air rendamannya diminum beberapa kali dalam sehari atau dalam beberapa hari, insyaAllah lega. Jika dalam perjalanan jauh seperti menaiki bas ekspress atau keretapi, dan dikhuatiri cerah perut ditengah jalan seeeloknya sediakan sebotol air kemuning yang agak pekat/tua, insyaAllah dapat membantu menahan cerah perut dalam beberapa jam. Menyediakan air kemuning hitam dalam botol/bekas dirumah atau dimana-mana, amat elok untuk persedian jika berlaku apa-apa.
- Penawar bisa binatang. Terdapat kes seseorang yang disengat labah-labah yang sebelum pengsan dia teringat dalam poket seluarnya terdapat sepotong kemuning hitam lalu sempat memasukkan dalam mulutnya, kemudian dia tersedar dari pengsan dan selamat (air larutan kemuning hitam bercampur air liur menawarkan bisa sengatan labah-labah semasa pengsannya). Kes lain, seseorang yang menebas membersih kebunnya terkena sarang tebuan, lalu dia disengat oleh puluhan tebuan, dia melarikan diri, kemudian beliau ikhtiar menyapu pada tempat gigitan dengan kemuning yang dibasahkan dengan air liurnya, kesannya dia tidak berasa sakit walaupun bengkak/kemerahan,
- Berkata mereka yang ahli (iaitu mereka yang lama terlibat sebagai pencari, pengguna serta berpegetahuan mendalam) tentang Teras Kemuning Hitam, Ia mempunyai aura pengubatan dan penyembuhan yang tinggi walaupun diguna dalam bentuk tasbih, ia mengalir kepada pengguna tasbih tersebut.
- Menghalang binatang berbisa jenis terbang seperti peringat dan tebuan dari menyengat pemakainya. Terdapat kes pemanjat pokok buah (memakai kemuning hitam sebagai cincin) yang melanggar sarang peringat, peringat hanya menghurungi tetapi tidak menyengatnya. Kes lain, tebuan tidak menyengat pemakai gelang kemuning walaupun sarangya rosak terkena mata mesin rumput, hanya menghurungi.
- Penguat semangat kerana auranya dengan izin Allah.
- Minyak pati kemuning hitam amat mustajab menutup luka. Jika luka panjang 1inci, diletakkan kapas yang dibasahi minyak pati kemuning hitam semalaman, insyaAllah bertangkup dan cepat penyembuhannya.
- Minyak pati kemuning hitam juga amat sesuai digunakan sebagai minyat urut, herbanya akan turut meresap kedalam badan pesakit.
Awas ada tasbih kemuning hitam tiruan, harga mungkin rendah tapi tidak asli? Bagaimana nak tahu yang asli?
Pertama cuba goreskan di atas kertas putih, jika kesan goresan
warna hitam itu bukan asli, atau tiada keluar sebarang kesan goresan itu juga bukan asli. Yang asli akan keluar kesan goresan warna kuning !
Kedua rendamkan dalam air yg agak panas jika tidak keluar warna
kuning itu bukan asli.
Harga yang asli agak mahal sekitar RM150 ke atas biasanya. Hati-hati jangan sampai tertipu.
Khasiat Kemuning Hitam:
Dalam perubatan dan kepercayaan masyarakat Melayu, teras kemuning hitam atau penawar hitam dianggap mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Antara khasiatnya ialah untuk merawat gigitan serangga dan binatang berbisa. Caranya ialah dengan melekatkan teras tersebut terus pada tempat gigitan. Khasiatnya yang lain ialah sebagai ubat untuk mempercepatkan penyembuhan luka. Ia digunakan dengan cara mengasah teras kemuning pada pasu tanah liat dan disapukan airnya pada tempat luka. Kemuning hitam juga terbukti dalam menyembuhkan masalah perut yang meragam dan tak berapa selesa seperti cirit birit, senak dan sakit perut.
1. Penenang & Penerang hati
2. Penyembuh luka
3. Penolak sihir / ilmu hitam
4. Penawar gigitan binatang bisa
5. Penawar mabuk / racun
6. Lain-Lain Penawar Penyakit :
Demam panas, kencing manis, buasir, busung, batuk, cacing, sakit dalam mulut, mata kabur, kembung perut, kudis, luka dan susah buang air.
Penawar Darah Tinggi Penawar Mujarab Kencing Manis, Senggugut Penawar Racun Bisa-Bisa Badan Gigitan Binatang/Serangga Berbisa. Jenis kayu yang tumbuh di hutan tebal dan di kawasan nusantara saja.
Mempunyai 1001 penawar penyakit. Jika dimasukkan ke dalam air ia akan tenggelam kerana ianya adalah teras.
Berbalik kepada khasiat teras Kemuning hitam, saya pernah membaca satu artikel dalam majalah yang telah memasukkan kajiian saitifik tentang khasiat kemuning hitam. Yang paling ketara sekali ialah untuk kesihatan dalam perut. Enzimnya yang berwarna kuning merupakan bahan yang boleh merawat luka dan masalah dalam usus.
Mengikut kepercayaan bomoh dan pawang ( tiada kajian saintifik setakat ini) ia boleh merawat bisa gigitan ular (awas, dapatkan rawatan hospital secepat mungkin) dengan melekatkan teras kemuning di tempat patukan, ia akan menyedut kembali bisa. Teras kemuning juga dikatakan dapat merawat penyakit gatal-gatal.
Ada satu kisah seorang hamba Allah yang mengasahkan hulu goloknya bagi merawat penyakit gatal anak perempuannya yang telah menjadi kudis, Alhamdulillah dengan izin Allah, gatal dan kudis tersebut telah sembuh. Kayu kemuning hitam juga boleh digunakan untuk merawat luka, sebab itu ia banyak dijadikan ulu keris dan senjata-senjata pertarungan pada masa dahulu.
Satu kisah lain, bagaimana warna kemuning hitam menjadi pucat kerana terlalu banyak direndam. Ini berlaku kepada Pak Ku Hassan semasa menunaikan fardu haji beberapa tahun lepas. Ini terjadi kerana terlalu ramai jemaah haji Malaysia yang mengalami batuk-batuk dan sakit tekak kerana cuaca panas dan berdebu. Jadi khidmat tasbih kemuning hitam yang di bawa bersamanya telah digunakan sepenuhnya, iaitu dengan merendamkan dalam air suam dan diberi minum kepada jamah yang sakit. Teras kemuning hitam yang dijadikan tasbih juga adalah amat tinggi nilai seni dan cantik dipandang mata. Semakin lama dan kerap kali ia digunakan semakin berkilat dan bersinar-sinar warnanya. Jika ia menjadi teman akrab kita, bolehlah kita gunakan sebagai penanda aras berdasarkan warna hitammnya yang semakin berkilat atau semakin kusam.
Kesukaran untuk memperolehi, khasiat, cantik, sukar dicanai kerana kekerasannya telah menjadikan kemuning hitam satu produk istimewa dan harganya lebih mahal dari kayu-kayu biasa. ( Jika ada makumat tambahan kemuning hitam yang saya tidak tahu bolehlah sahabat-sahabat tolong tambahkan untuk dikongsi bersama)
Cara Menggunakannya
Caranya ialah dengan merendam teras kayu kemuning hitam / penawar hitam dalam air atau diasah selama 10 minit. Airnya kemudian diminum. Walau bagaimanapun perlu dingat kita hanya berusaha dan sembuh atau tidak adalah dengan kehendak dan izinNya juga. Kita berikhtiar untuk penawar yang datangnya dari ciptaan Allah, maka kuasa mutlak adalah milikNya. InsyaAllah
Fahami Hakikat Pemakaian Batu Cincin Dan Permata
Sebagai seorang muslim kita mesti meletakkan 100% pergantungan kita kepada Allah SWT. Tidak ada sesuatu pun yang dapat mendatangkan kebaikan kecuali dengan izin Allah dan tiada suatupun yang bisa membawa mudharat melainkan dengan izin Allah jua. Pemakaian dan penggunaan batu ataupun apa saja benda-benda yang mempunyai kelebihan padanya (dengan izin Allah) adalah tidak salah, akan tetapi mestilah benar-benar/ sungguh difahami dan yakin akan hakikat penggunaan / pemakaiannya.
Pemakaian dan penggunaan batu hanyalah salah satu cara/ usaha untuk mencapai tujuan masing-masing. Sama juga dengan penggunaan ubat (ubat dari hospital atau ubat tradisional dari akar-akar kayu) apabila kita mengalami sakit kepala atau sakit-sakit lain. Kita hanya berusaha dengan kelebihan/ sifat yang ada pada ubat tersebut untuk menghilangkan sakit tetapi kuasa untuk meyembuhkan adalah dalam kekuasaan Allah, jika Allah mahu nescaya sembuhlah kita dari sakit dan begitulah juga sebaliknya.
Batu atau kayu atau apa-apa saja benda yang istimewa adalah anugerah Allah yang sememangnya tidak sia-sia penciptaannya. Seperti garam yang bersifat masin, begitulah juga batu-batu yang istimewa ini bersifat dengan sifat yang wujud padanya masing-masing. Hanya orang yang tahu (berilmu) sahaja yang dapat mengambil manafaat daripadanya.
Silalah fahami bahawa Batu-batu tersebut tidak mempunyai kuasa. Batu-batu tersebut hanyalah mempunyai kelebihan/ keistimewaan dengan sifat yang ada padanya tetapi kuasa mutlak adalah ditangan Allah. Jadi janganlah lari daripada penggantungan kita sepenuhnya kepada Allah jua.
Semoga anda semua mendapat kefahaman yang sungguh tentang hakikat pemakaian batu permata dan beroleh kejayaan dalam cita-cita serta tujuan anda selagi anda tetap diatas jalan Allah. Amin.
.
#tongkatkayu #tongkat #tasbih #tasbihkayu #kilangtasbih #kilangkayu#tukangkelantan #buattasbih #prosesbuattasbih #caritasbih #jualtasbih#produkdarikayu #kemuninghitam #legunihitam #teraskayu #gelang #kebal#kebalkulit #teras #kayurare #cincinkayu #tukangkayu #pembuattasbih #sihir#santau #penawar #merawat #luka #cedera #racun
.
www.datoksirkronik.blogspot.com
.
.
HUBUNGI
013-413-8542
#tongkatkayu #tongkat #tasbih #tasbihkayu #kilangtasbih #kilangkayu#tukangkelantan #buattasbih #prosesbuattasbih #caritasbih #jualtasbih#produkdarikayu #kemuninghitam #legunihitam #teraskayu #gelang #kebal#kebalkulit #teras #kayurare #cincinkayu #tukangkayu #pembuattasbih #sihir#santau #penawar #merawat #luka #cedera #racun
.
www.datoksirkronik.blogspot.com
.
.
HUBUNGI
013-413-8542
0 Komentar untuk "Tasbih Kayu Kemuning Hitam Asli - Harga Termurah Di Pasaran "